Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mukim Matang diisytihar kawasan jangkitan penyakit anjing gila

PERAK RABIES
LARANGAN membawa mana-mana anjing keluar dari mukim berkenaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri.-UTUSAN

IPOH 17 Julai - Kerajaan negeri mengisytiharkan Mukim Matang dalam daerah Larut, Matang dan Selama sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ia sebagai langkah proaktif untuk pencegahan dan pengawalan wabak berkenaan.


Menurutnya, pengisytiharan dibuat di bawah Subseksyen 39 (1) Akta Binatang 1953.


Beliau turut mengumumkan larangan membawa mana-mana anjing keluar dari mukim berkenaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri.


“Mana-mana anjing dalam kawasan jangkitan yang tidak dikawal secara efektif mengikut Perintah 4, boleh dimusnahkan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar negeri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain