MUJAHID YUSOF
MUJAHID YUSOF

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, al-riqab yang sebelum ini hanya menfokuskan kepada pengertian hamba abdi yang mahu dimerdekakan kini turut terpakai kepada kelompok seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mempunyai iltizam untuk bebas daripada nafsu songsang.

Beliau berkata, lebih hebat lagi apabila Selangor turut memasukkan enam lagi golongan selain LGBT iaitu gigolo, pelacur, mak nyah, pengkid, tomboy dan bersekedudukan dengan orang bukan Islam. 

“Mufti Selangor telah menyebut bahawa golongan ini yang disenaraikan daripada segala pendosa sehingga gigolo pun dimasukkan. 

“Saya pun tidak sebut gigolo. Dia (Mohd. Tamyes) lagi hebat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pembentangan Fiqh Kewarganegaraan Dalam Era Malaysia Baharu di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi dekat sini, hari ini. 

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim. - UTUSAN ONLINE