KUALA LUMPUR 10 Ogos 2015 - Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa penal
Datuk Mujahid Yusof

Beliau memberitahu, pendekatan secara mendekati ini lebih lunak, lembut, lebih sesuai dan rahmah, malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri menjalankan kerja dakwah secara mendekati terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutamanya dalam isu transgender.

“Saya berpandangan kita boleh dekati isu ini dengan dua pendekatan sama ada ia dilakukan secara mendekati atau konfrontasi. Kedua-dua pendekatan itu bagaimanapun mempunyai manfaat dan mudaratnya yang tersendiri.

“Namun sebagai menteri dan mewakili institusi agama bagi kerajaan Persekutuan, pada hemat saya, pendekatan secara mendekati yang lebih lunak dan lembut lebih sesuai dan rahmah, malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mujahid telah mengadakan pertemuan bersama aktivis transgender, Nisha Ayub di pejabatnya di Putrajaya dekat sini. - UTUSAN ONLINE