KUALA LUMPUR, 30 Julai 2018 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
DATUK DR. MUJAHID YUSOF RAWA

Menerusi satu kenyataannya itu, Muhajid mengakui, beliau menyedari kenyataan yang dinyatakannya menimbulkan kekeliruan dalam kalngan masyarakat terutamanya mengenaai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

Jelas Mujahid, kenyataannya pada Jumaat lalu bukanlah suatu yang muktamad mahu pun berupa arahan. Ia sekadar maklumbalas atau respons spontan daripadanya.

“Ingin saya tegaskan bahawa tiada arahan ataupun keizinan daripada saya untuk golongan transgender berkongsi tandas awam dengan kaum wanita, sebaliknya hanyalah “maybe” dan “if”,” ujarnya.

Kata Mujahid lagi, sama juga hal berkaitan dengan saf solat.

“Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam dengan kekeliruan yang berlaku dan juga menarik balik semula kenyataan yang kurang sesuai,” katanya.

Katanya lagi, hal yang berkaitan dengan isu transgender adalah lebih sesuai dibicarakan secara lebih lanjut kelak oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik.

Ujarnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah pun menjalankan kerja-kerja dakwah secara sasaran (engagement) terhadap pelbagai kumpulan sasaran terutamanya dalam isu transgender.

Namun begitu, kata Mujahid, pendekatan dakwah sebegini bukan bermakna beliau dan kerajaan menyokong perlakuan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). - UTUSAN ONLINE