Kata Mujahid, kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan kepemimpinan baharu TH mempunyai pelan pemulihan yang lebih baik dan apa yang berlaku sekarang cumalah proses dalam fasa pemulihan.

“Saya minta orang ramai (pendeposit) terus yakin dengan TH, terus kekal dengan TH. Kita ada pelan besar untuk TH. Kerajaan komited membantu TH menerusi suntikan dana berjumlah RM17.8 bilion.

“Saya yakin dengan suntikan ini dapat mengekalkan kepercayaan orang ramai kepada TH. Sekarang ini baru fasa pertama pemulihan dan sudah susun perjalanan pengurusan TH yang lebih baik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena program ‘Bicara Eksekutif Maqasid Syariah peringkat Selangor’ di auditorium Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE