Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebagai seorang pe­mimpin yang berwawasan, Kuan Yew berjaya mengangkat Singapura menjadi sebuah kota metropolitan yang cukup disegani oleh dunia.

“Takziah kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta keluarganya atas kematian bapa baliau. Saya bersama rakyat Malaysia turut berdukacita atas kematian Kuan Yew.

“Sememangnya beliau seorang pemimpin yang tegas, berwawasan dan amat berpengaruh di rantau Asia dan juga dunia,” kata Muh­yiddin dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kuan Yew, 91, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pagi ini setelah dimasukkan ke hospital itu sejak 5 Februari lalu kerana radang paru-paru yang teruk.