Setiausaha Akhbar kepada Menteri Dalam Negeri, Hafiz Abdul Halim dalam satu kenyataan berkata, Muhyiddin akan berehat sementara waktu bersama keluarga.

"Terima kasih kepada semua doktor, jururawat serta staf Hospital Mount Elizabeth Singapura.

"Terima kasih juga kepada semua yang telah mendoakan kesihatan dan meluangkan masa melawat Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin semasa beliau di sana," kata Hafiz.-UTUSAN ONLINE