Pertandingan itu terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara bertujuan me­ningkatkan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar sekolah selain memupuk semangat perpaduan dan muhibah dalam kalangan masyarakat negara ini.

Penganjuran itu juga untuk mencungkil dan menonjolkan bakat pelajar dalam kemahiran menggunakan teknologi multimedia sebagai satu daripada proses pembelajaran.

Majlis pelancaran pertandingan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Teknologi Pen­didikan, Kementerian Pendidikan, Zaidi Yazid di Dewan Besar Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye; Pe­ngarah Urusan Orando Holdings Sdn. Bhd., Datuk Dr. Eng Wei Chun; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan; Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pe­ngarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran penge­tua dari beberapa buah sekolah menengah berdekatan.

Pertandingan video pendek itu akan berlangsung selama setahun bermula Januari 2018 dan peserta perlu menghasilkan vi­deo bertemakan muhibah tidak lebih daripada dua minit serta menyediakan penerangan menggunakan 50-100 patah perkataan,

Penganjuran juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan serta syarikat swasta, Orando Holdings Sdn. Bhd. selaku penaja utama.

Setiap bulan, empat kategori pemenang akan dipilih daripada empat kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina India serta Sabah dan Sarawak dengan setiap pemenang akan menerima wang tunai RM1,000.

Peserta perlu mematuhi beberapa syarat penting dalam menghasilkan video pendek ber­kenaan iaitu tiada isu keganasan dan politik, karya mestilah asli serta wajib menggunakan bahasa Malaysia.

Maklumat mengenai pertan­dingan itu akan disiarkan menerusi Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia serta Utusan Online dan penyertaan boleh dihantar menerusi www.muhibah.my bermula tahun depan.