Kategori lelaki dimenangi oleh Muhd. Harith Abdul Rahman dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud manakala Abdul Qaiyum Sophian (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas) di tempat kedua dan ketiga,  Mohd Yusri Yusof (individu).

Bagi kategori terbuka perempuan, Zarith Sofiah Zaidi (Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam, Kemaman) muncul sebagai johan dan tempat kedua, Nur Ain Insyirah Idris (Sekolah Kebangsaan Duyong) manakala ketiga, Nurul Izzati Mohd Nizali (Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abbas.

Pertandingan catur tahunan kali ketujuh anjuran Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (Sester) dan UMT itu berjaya menarik sebanyak 22 sekolah menengah dan rendah  dari seluruh negara dengan seramai  268 peserta termasuk peserta individu.

Serentak dengan pertandingan itu turut diadakan pertandingan `Sester National Spelling Bee’ peringkat kebangsaan di tempat yang sama dengan penglibatan 260 peserta.

Pelajar Sekolah  Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar, Kuantan, Uththiran Sarengapani  muncul sebagai johan, diikuti Muhammad Khalil Muzammil Mohamad  (SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu) di tempat kedua  dan Sofea Nazifah Mohamad Husni (SMK Batu Rakit) di tempat ketiga.

Semua hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Dekan Fakulti Sains dan Perikanan Akuakultur UMT,  Prof . Dr. Najiah Isa.

Menurut  jurucakap penganjur, Nurlina Isa, pertandingan 'Sester National Open Chess’ bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang catur khasnya dalam kalangan pelajar, dan penyertaan kali ini meningkat dengan ketara berbanding 150 orang pada tahun lalu. - UTUSAN ONLINE