Fouziah mengumumkan nama anaknya itu menerusi akaun instagramnya. Menurutnya, nama itu bermaksud kekuatan atau yang terhebat.

“Saya berterima kasih atas dia yang dipanjatkan selama saya berada di hospital hinggalah saya melahirkan,” katanya.

Fouziah selamat melahirkan anak pertamanya pada 26 November lalu pada pukul 11.45 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN ONLINE