Beliau yang melaporkan diri di pejabat baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya berjanji memikul tanggungjawab diberikan sebaik mungkin dengan penuh amanah.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih kepada Perdana Menteri. Amanah ini akan saya galas sebaik mungkin, insya-Allah,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Muhammad Zahid yang juga cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba merupakan pencabar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kerusi Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu namun tewas dengan majoriti sebanyak 24,859 undi.

Sebelum menyertai PPBM, beliau pernah memegang jawatan pegawai khas kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Beliau yang telah bergiat aktif dalam arena politik sejak lebih 20 tahun lalu juga pernah meme­gang jawatan sebagai Naib Ketua Angkatan Muda PKR sebelum membuat keputusan meninggalkan parti tersebut.

Muhammad Zahid kemudiannya menubuhkan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) pada tahun 2012 yang dikatakan bertujuan untuk mendedahkan pembohongan yang dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.