MUHAMMAD NUR MANUTY

Walau bagaimanapun, manifesto tersebut seolah-olah tidak ditepati apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Terbaharu, Pengerusi PKR Perak, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty pula dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) selama tiga tahun, berkuat kuasa 1 Oktober lalu sehingga 30 September 2021.

Muhammad yang pernah bertugas sebagai Dekan Hal Ehwal Pelajar UIAM mengesahkan telah menerima surat pelantikan tersebut, dua minggu lalu.

“Saya terima surat daripada Menteri Pendidikan dua minggu lalu dan saya setuju pelantikan tersebut berdasarkan pengalaman dalam bidang akademik sebelum ini.

“Visi saya ialah untuk meneruskan integrasi antara ilmu wahyu dan akal serta memantapkan lagi kecemerlangan pelajar-pelajar di sana,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.