Allahyarham Muhammad Haziq yang berpindah ke New Zealand bersama keluarganya kira-kira 18 bulan lalu merupakan Tahun 12 di sekolah tersebut.

“Dia (Allahyarham Muhammad Haziq) merupakan remaja yang hebat dan cukup menghormati rakan-rakan serta semua guru.

“Bersungguh-sungguh, bermotivasi diri sendiri dan hanya mahu berbuat baik. Guru-guru telah menyatakan bahawa dia telah bertambah keyakinan dalam masa yang singkat di sini.

“Dia juga sudah bersedia, seperti yang dikatakan seorang guru, untuk berkembang,” katanya memetik laman web stuff.co.nz, di sini hari ini.

Laman web tersebut turut memaparkan gambar dan cerita mangsa-mangsa lain yang turut terlibat dalam insiden tembakan di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu. - UTUSAN ONLINE