Dalam kenyataan terbaharu Institut Jantung Negara (IJN), Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, telah mula memberikan tindak balas kepada beberapa arahan lisan namun anggota bomba tersebut masih diberi sedatif untuk membantu memulihkan organ dalamannya.

"Ringkasnya keadaan beliau masih kritikal tetapi stabil dengan tanda semakin pulih.

"Pihak fisioterapi akan memulakan latihan pasif sebagai sebahagian pemulihan jantung dan paru-paru mangsa ," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE