Ini antara amanat yang disampaikan baginda kepada 14 mufti negeri-negeri pada pertemuan ringkas di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, baginda yang berinteraksi dalam bahasa Arab pada pertemuan hampir lima belas minit itu turut menekankan kepentingan untuk para mufti memainkan peranan dalam membantu umat Islam di negara ini.

"Pertemuan ini sebagai (tanda) muhibbah dan memberi kesan yang amat besar kepada para mufti serta bersejarah dalam hubungan Malaysia dan Arab Saudi.

"Kami berasa teruja dan seronok dapat bertemu dengan Raja Salman yang juga mahukan kita sentiasa bersatu padu, sentiasa menjaga hubungan sesama kita dan memainkan peranan meningkatkan syiar Islam," kata Zulkifli kepada pemberita sejurus selepas pertemuan itu. - BERNAMA