Menurut Zulkifli, beliau terpana melihat gambar tersebut yang menunjukkan hubungan akrab seorang remaja dengan puluhan kerbau di sawah.

“Gambar yang bersifat kampungan dan ‘alami mengingatkan asal-usul orang kampung dan desa bersama sawah bendang, lembu kerbau dan pohon kayu yang menghijau melatari fitrah kemanusiaan bagi masyarakat kampung Melayu.

“Rasa kedamaian, ketenangan dan kegembiraan tidak dapat ditafsirkan oleh benda dan harta tetapi oleh perasaan kasih sayang dan rahmat,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini,

Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada jurugambar yang berjaya mencapai kemenangan tersebut. -UTUSAN ONLINE