Mohd. Asri Zainul Abidin

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, anak-anak pasangan yang berkahwin di luar negara diberikan status tidak sah taraf meskipun perkahwinan tersebut sah di sisi Islam.

“Perkara ini seolah-olah meng­hukum anak-anak yang tidak berdosa malah ingin saya ingatkan mereka yang memberi status tersebut boleh dianggap berdosa besar iaitu menuduh orang berzina.

“Kalau boleh kerajaan harus mengambil langkah untuk memudahkan urusan mereka yang tidak sah taraf berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pasangan yang telah bernikah di luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD
MOHAMAD SHUKRI MOHAMAD

Akhbar Mingguan Malaysia semalam melaporkan, mengenai cadangan atau usaha untuk ATST didaftar kepada Sah Taraf bagi mengelakkan anak yang tidak berdosa menanggung aib disebabkan kecuaian ibu bapa mereka

Bagaimanapun, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) membantah cadangan tersebut ekoran tindakan tersebut boleh memberikan kesan jangka panjang kepada institusi kekeluargaan Islam.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Moha­mad berkata, pasangan yang mempunyai niat untuk berkahwin di luar negara disarankan untuk berfikir terlebih dahulu mengenai impak yang bakal diterima sama ada kepada ahli keluarga dan masa depan anak-anak.