Pertandingan Zapin Kategori Sekolah Rendah dan Pertandingan Zapin Kategori Sekolah Menengah pula masing-masing dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) LKTP Belitong, Kluang serta Sekolah Kebangsaan (SK) Muzaffar Shah, Kota Tinggi.

Sementara Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional Melayu pula dimenangi Kumpulan Sanggar Budaya Seri Pengkalan Segamat, Pertandingan Tarian Cina dimenani Kumpulan Warriors Johor Bahru manakala Pertandingan Tarian India pula dimenangi Sekolah Tinggi Foon Yew, Kulai.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan melibatkan 25 buah kumpulan bermula dari Jumaat lalul dan berakhir malam tadi, hadiah disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Pengarah YWJ, Mohd. Shahrin Rahmat. - UTUSAN ONLINE