Ketua Pengarah MTIB, Datuk Jalaluddin Harun berkata, tujuan kerjasama tersebut juga untuk meningkatkan jualan dan hasil pendapatan usahawan bumiputera melalui produk dan perkhidmatan berkaitan per­kayuan dan perabot.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, bidang perkayuan di negara ini banyak mendapat permintaan dari luar negara terutama United Kingdom (UK) berikutan kualiti kayu yang bermutu tinggi, namun kerajaan kekura­ngan tenaga pekerja yang mahir terutamanya daripada golongan bumiputera.

‘‘Walaupun eks­port produk kayu dan perabot negara agak membanggakan, penglibatan usa­­hawan bumiputera dalam industri perkayuan jauh ketinggalan apabila hanya 354 usahawan direkodkan MTIB pada 2017.

‘‘Oleh itu, MTIB akan menjalankan pelbagai program dan menjalinkan kerjasama de­ngan banyak pihak supaya dapat membantu membangunkan le­bih ramai usahawan bumiputera yang berdaya saing dalam industri ini,’’ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung Persatuan Industri Pera­bot Kuala Lumpur dan Selangor, Albert Khoo dan Pengerusi MF3, Cindy Kong Kim Tai.

Jalaluddin memberitahu bahawa industri kayu merupakan industri yang penting dan amat signifikan peranannya kepada ekonomi negara.

Jelasnya, pada 2017, industri tersebut menyum­bang nilai eksport sebanyak RM23.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak lima peratus berban­ding tahun sebelumnya, manakala pasaran domestik pula adalah dianggarkan RM18 bilion menjadikan nilai keseluruhan industri tersebut sebanyak RM41.2 bilion.

‘‘Pada masa ini, perabot Malaysia dieksport ke lebih 160 buah negara. Antara negara-negara yang menjadi pasaran utama pe­rabot Malaysia ialah China, Amerika Syarikat, Jepun, Austra­lia dan Singapura,’’ ujarnya.

Wood & Lifestyle Fair 2018 akan berlangsung dari 10 hingga 12 Ogos ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kira-kira 40 syarikat bumiputera turut terlibat.

yang mengeluarkan produk ukiran, pintu, perabot rumah, kabinet dapur, perabot taman, hiasan dalaman dan bahan binaan berasaskan kayu akan terlibat dalam pameran tersebut.