Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman berkata, etnik Muslim Rohingya kini tersepit dan menjadi mangsa gara-gara kekejaman tentera Myanmar.


Menurut beliau, kegagalan Myanmar menamatkan isu keganasan terhadap Muslim Rohingya di Rakhine perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak termasuk komuniti perniagaan.


“Saban hari, kita dikejutkan dengan berita pembunuhan Muslim Rohingya yang tidak kesudahan walaupun dunia sebulat suara menentang keganasan terhadap etnik tersebut.


“Sudah tiba masanya semua komuniti dan dewan perniagaan di rautau ASEAN menunjukkan solidari dengan memboikot Myanmar daripada segi urusan import dan eksport,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.