Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, MoU yang ditandatangani dengan KAF Investment Bank yang juga merupakan satu daripada penasihat sah Bursa Malaysia adalah platform terbaik bagi meningkatkan ekosistem pasaran modal.

“Ketika ini, terdapat tiga syarikat di bawah ekosistem MTDC berpotensi untuk disenaraikan dalam Pasaran LEAP Bursa Malaysia tahun hadapan.

“Bukan itu sahaja, KAF Investment Bank juga mempunyai pengalaman dan kepakaran bagi membantu syarikat-syarikat penerima dana MTDC tersenarai dalam Pasaran Utama atau Pasaran ACE,” katanya dalam majlis menandatangani MoU antara MTDC dgn KAF Investment Bank di sini hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani sendiri oleh Norhalim dan Ketua Pegawai Eksekutif KAF Investment Bank, Rohaizad Ismail sambil disaksikan Pengarah Perkhidmatan Korporat MTDC, Mohammad Farish Nizar Othman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KAF Investment Bank, Thariq Usman Ahmad. - UTUSAN ONLINE