Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, kerajaan perlu melihat terlebih dahulu langkah yang akan diambil ketiga-tiga pihak berke­naan dalam menyelesaikan isu terbabit.

Katanya, ia termasuk meng­am­bil semula pekerja terbabit kembali bekerja atau perbinca­ngan mengenai pampasan. 

“Jika tidak, perkara itu akan dirujuk kepada menteri untuk membuat keputusan sama ada perkara tersebut akan dirujuk kepada mahkamah atau sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

KSKSTMB dan KESTMB da­lam satu kenyataan semalam menyelar tindakan pengurusan Media Prima Berhad atas arahan pemberhentian 190 pekerja teknikal Jabatan Kejuruteraan dan Prop.

Pengurusan syarikat itu turut berhasrat melaksanakan skim pemisahan bersama (MSS) secara paksa melibatkan 43 orang dari Jabatan Berita dan Perkhidmatan Pengurusan.