Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

MSAM 2015 catat rekod baharu 319,000 penyertaan

SIBU 27 April - Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM 2015) mencatat jumlah penyertaan seramai 319,000 orang sekali gus mencipta satu rekod baharu bagi program pendidikan pelaburan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Hamad Kama Piah

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah itu juga adalah yang tertinggi sejak 16 kali MSAM dianjurkan bermula tahun 2000.

“Dengan pencapaian itu, seramai lebih tiga juta pengunjung telah meraih manfaat dari MSAM yang kita dianjurkan sejak 15 tahun lepas di negeri-negeri yang dijelajah di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penganjuran di Sarawak adalah yang kedua selepas Kuching yang telah mencatatkan seramai 187,000 orang pada 2010.

Jumlah penyertaan pengunjung di Sibu itu sekali gus mengatasi rekod jumlah pengunjung sebelum ini iaitu seramai 280,000 orang semasa MSAM 2012 di Kota Kinabalu, Sabah.

MSAM 2015 yang berakhir hari ini disertai oleh masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur dari Sibu, Mukah, Sarikei, Kapit serta bahagian-bahagian berhampiran untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Secara purata, MSAM menarik penyertaan seramai 35,000 orang setiap hari selama sembilan hari MSAM dianjurkan bermula 19 April lalu.

Menurut beliau, pihak PNB amat menghargai sambutan hebat dan amat menggalakkan daripada masyarakat Sibu dan penduduk sekitarnya.

“Saya difahamkan ada juga pengunjung dari luar Sibu yang datang ke sini menaiki kereta yang memakan masa tujuh jam.

”Kita amat berbesar hati dengan sokongan padu yang diberikan kepada PNB dan MSAM sejak hari pertama hinggalah ditutup hari ini,” katanya.

Hamad Kama Piah merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang hadir semasa majlis perasmian pada 20 April lalu.

”Terima kasih juga kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) juga Menteri Muda Perancangan Sumber Sarawak, Datuk Mohd. Naroden Majais dan Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Pembangunan Sosial (Pembangunan Belia) Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang turut sama menjayakan MSAM kali ini,” katanya.

Hamad Kama Piah juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Residen Sibu, Mukah, Sarikei dan Kapit, Majlis Perbandaran Sibu dan seluruh agensi dan jabatan Persekutuan dan negeri termasuk Syarikat Kumpulan PNB yang bertindak sebagai Rakan Korporat MSAM.

Beliau turut berterima kasih kepada seluruh peserta pameran, pihak media massa termasuk RTM dan Jabatan Penerangan, dan juga seluruh warga MSAM serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MSAM kali ini.

”Untuk masyarakat Sibu dan bahagian-bahagian sekitarnya yang telah memungkinkan kejayaan rekod baharu ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Harapan saya mereka kini telah memperoleh manfaat dan ilmu tentang unit amanah, pelaburan dan perancangan kewangan di samping lebih mengenali PNB dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta syarikat-syarikat pelaburan PNB,” kata beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain