Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corpration Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah berkata, empat unit mesin TBM itu adalah sebagai tambahan lapan unit mesin tersebut sedia ada yang digunakan semasa membina terowong bagi projek MRT laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK).

“Tambahan mesin ini dilihat perlu kerana jajaran bawah tanah bagi MRT SSP adalah lebih panjang iaitu sejauh 13.5 kilometer (km) berbanding laluan bawah tanah MRT SBK hanya 9.5 km sahaja,” katanya ketika ditemui dalam majlis Ujian Penerimaan Kilang (FAT) TBM di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE