Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan MRT Corp., Datuk Najmuddin Abdullah berkata, ini berikutan mesin pengorek terowong (TBM) pertama daripada lapan buah TBM selesai menjalani ujian penerimaan kilang (FAT) selepas dibaik pulih di sebuah kilang di sini.

Katanya, kerja-kerja menggali terowong tersebut akan turut dilaksanakan melalui penambahan empat lagi mesin TBM baharu.

“Hari ini, TBM pertama daripada 12 yang akan digunakan bagi seksyen bawah tanah laluan SSP sepanjang 13.5 kilometer telah siap sedia untuk beraksi.

“Ujian ini adalah salah satu daripada banyak langkah kontraktor yang perlu diambil kira sebagai persediaan sebelum menjalankan kerja-kerja menggali terowong dan lain-lain kerja bawah tanah,” katanya dalam sidang akhbar semasa mengadakan lawatan ujian FAT TBM di kilang Waiko Engineering Sdn. Bhd. di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE