Dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari di Muzium Negeri sini dan berakhir semalam, sekolah itu melalui kumpulan Nuansa Jiwa menewaskan 16 lagi sekolah yang bersaing kali ini, sekali gus membawa pulang piala bersama hadiah wang tunai RM1,500 serta sijil penghargaan.

Naib johan pula disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gong Badak dengan hadiah wang tunai RM1,000, dan tempat ketiga, SMK Mak Lagam (RM750) manakala Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu menerima anugerah khas juri bagi persembahan gamelan Melayu tradisional.

Lain pasukan yang turut serta termasuklah dari SMK Tengku Mahmud, SMK Cherul, SMK Pelagat, SMKA Sheikh Abdul Malek, SMKTengku Bariah, SMK Tapu, SMK Bukit Diman, SMK Batu Rakit, SMK Sultan Sulaiman, SMK Kompleks Rantau Abang di samping SMK Pulau Serai, MRSM Kuala Berang dan SM Seri Nilam.

Pertandingan ini merupakan sebahagian daripada usaha menyemai dan meningkatkan kecintaan terhadap seni muzik warisan yang turut dikaitkan dengan identiti budaya negeri selain melahirkan bakat-bakat baharu sebagai pewaris. - UTUSAN ONLINE