Tinjauan Utusan Online mendapati air yang melimpahi jalan seperti sebelumnya telah disedut keluar dan dikeringkan pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Terdahulu, laluan tersebut mengalami kesesakan hampir lima kilometer ekoran kejadian paip pecah berhampiran Dataran Ukay awal pagi tadi.

Difahamkan, paip berkenaan dipercayai pecah di tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) kira-kira 5 pagi sehingga tiga lorong MRR2 ditenggelami air.

Sehubungan itu, kerja-kerja siasatan sedang dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian. – UTUSAN ONLINE