Antara bantuan yang dihulurkan seperti wang tunai, kit kebersihan serta barangan makanan asas kepada pusat tahfiz yang dihuni seramai 33 orang murid dan tujuh orang guru.


Menurut Presiden MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman, pusat tahfiz berkenaan terjejas akibat banjir dan operasinya terganggu sejak awal minggu ini.


“Selain MRA dan MyEG, terdapat pasukan sukarelawan lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut membantu mangsa-mangsa banjir yang lain.


“Selain itu, terdapat klinik perubatan bergerak disediakan oleh Soul Foundation Penang, Kemahang Care Kelantan, Gerakan Belia 4B serta Pasukan Bantuan dan Tindakan (Imaret) dari Persatuan Perubatan Islamik Malaysia (Imam),” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Online.


Tambah beliau, rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir boleh berbuat demikian dengan menyerahkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Banjir MRA melalui akaun Public Bank Berhad 398891608 di atas nama Yayasan Agensi Bantuan Malaysia. - UTUSAN ONLINE