MQA dalam kenyataan berkata, pelantikan mengikut Seksyen 11, Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 itu bagi menggantikan Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abu Hassan Othman yang menamatkan perkhidmatan pada Disember tahun lalu.

“MQA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Abu Hassan dan 14 anggota Majlis MQA sesi 2016-2018 atas sumbangan dan usaha mereka dalam membantu memperkasa kualiti pendidikan tinggi negara.

“Pemilihan Asma adalah berdasarkan pencapaian serta perkhidmatan cemerlang sebagai Naib Canselor di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia sekali gus membuktikan beliau sebagai wanita pertama yang dilantik sebanyak dua kali sebagai naib canselor di universiti awam,” katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE