Pengerusinya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, hasrat itu bertujuan bagi membantu kedua-dua golongan itu melalui kehidupan lebih selesa.

“Mengikut kajian yang pernah dilakukan, kos sara hidup yang semakin tinggi mempengaruhi keupayaan menyimpan bagi kalangan B40 dan M40 dengan hanya ada lebihan RM76 setiap bulan.

“Justeru MPPN berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pendapatan di bawah RM6,000 dikategorikan sebagai B40 mengikut profil lokasi di bandar atau luar bandar,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE