Mazlan Aliman
Mazlan

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Datuk Mazlan Aliman berkata, kemelut yang melanda Felda sekarang ini didakwa berpunca daripada sistem pengurusan dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan.

"Jumlah hutang sedia ada berpunca daripada kepincangan ketulusan terutama daripada Jabatan Kewangan dan Ekonomi yang dipercayai terlibat semasa skandal Felda bersama Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

"Pengerusan yang ada sekarang ini tidak membawa apa-apa perubahan dalam Felda sekaligus membuatkan peneroka marah kerana nasib mereka masih belum berubah," katanya dalam sidang akhbar di Lorong Haji Hussein 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir Penasihat Suara Generasi Kedua Felda (SGK2F), Datuk Zulkefli Nordin dan Presiden Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF), Fakhrurrazi Mohd. Habib. - UTUSAN ONLINE