HASAN HAMZAH
HASAN HAMZAH

Pengerusi Biro Ekonomi MPM, Hasan Hamzah berkata, perkara tersebut perlu dilaksanakan ekoran tercetusnya pelbagai tuntutan sensitif dan tidak munasabah oleh puak-puak kiasu sehingga menimbulkan kebimbangan perkara itu akan mengheret bumiputera terikut sama membuat tuntutan yang akhirnya menjerat kerajaan.


Jelas beliau, oleh kerana tiada penjelasan terperinci dibuat oleh mana-mana pihak, ramai beranggapan wasiat itu dibuat demi melindungi kepentingan bumiputera namun hakikatnya tidak benar.


“Sebagai contoh, wasiat kedua ada menyatakan kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama lain-lain kaum,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE