Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, tugas memakmurkan masyarakat tidak hanya terletak di tangan kerajaan, sebaliknya rakyat juga perlu sama menggerakkan usaha itu.


“Kita mengejar pertumbuhan ekonomi dan kita tercicir tentang kemakmuran hidup bermasyarakat. Rakyat seharusnya membangunkan semangat kejiranan dan kemasyarakatan.


“Kita perlu melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan seperti gotong royong dan sukarelawan bagi memupuk semangat perpaduan dan kemakmuran dalam kalangan komuniti,” katanya dalam Forum Nasional MPM-Utusan: Malaysia Dalam Peta Indeks Kemakmuran Global, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE