MOHAMAD YASID BIDIN
MOHAMAD YASID BIDIN

Perkara itu disahkan Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin hari ini selepas pihak penganjur, Centro Properties Group Sdn. Bhd. gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu. 


Katanya, antara syarat pengeluaran permit penganjuran pesta itu ialah mewajibkan pihak penganjur mendapat penilaian serta kelulusan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu. 


“Bagaimanapun, pihak penganjur tidak mendapat kelulusan daripada pihak PDRM. Oleh itu kita (MPK) tidak boleh mengeluarkan apa-apa permit kerana penganjur tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 


Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan tidak membenarkan penganjuran Centro Mall German Food & Beverages Festival ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut. 


Menurutnya, arahan itu bukan dibuat sewenang-wenangnya kerana pihaknya tidak sesekali bertoleransi terhadap mana-mana ancaman keganasan di negara ini. - UTUSAN ONLINE.