Eksekutif Anugerah Malaysian Press Institute (MPI), Salman Husni Abdollah berkata, penyertaan tahun ini amat memberangsangkan dengan mencatat penambahan sebanyak 56 penyertaan berbanding HKM 2016.

“Penyertaan tertinggi diterima bagi Penulisan Rencana Cemerlang iaitu sebanyak 46 diikuti oleh Kewartawanan Foto Cemerlang (43), Dokumentari Video Terbaik (30), Foto Esei Cemerlang (27) dan Berita Video Terbaik (25).

“MPI juga menerima lima pencalonan untuk Anugerah Khas dan Anugerah Tokoh Wartawan namun tiada pencalonan bagi Anugerah Tokoh Media. MPI masih terbuka untuk menerima sebarang pencalonan bagi Anugerah Tokoh Media,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 35 organisasi media cetak (akhbar dan majalah), penyiaran (radio dan TV) dan portal berita mengambil bahagian dalam HKM 2017.

Pemenang akan membawa pulang RM10,000, sijil dan trofi, manakala dua penerima sagu hati akan menerima RM1,000 dan sijil, bagi setiap kategori.

Tiada penerima hadiah saguhati bagi kategori Hadiah Wartawan Muda A. Samad Ismail, Anugerah Khas Juri, Anugerah Tokoh Wartawan dan Anugerah Tokoh Media.

Penerima Hadiah Kajai akan membawa pulang wang tunai RM 30,000, sijil dan trofi serta hadiah iringan yang lain.

Malam Wartawan Malaysia 2018 akan diadakan pada Julai 2018 selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijangka pada Mei 2018. – UTUSAN ONLINE