Ketua Pegawai Eksekutif (MPI), Datuk Dr. Chamil Wariya berkata, dua unit pejabat kekal itu dibeli daripada Kumpulan Emkay pada 25 November lalu dengan harga RM1.55 juta.

“Pejabat baharu ini akan menempatkan sebuah pusat latihan di satu unit dan sebuah unit lagi akan dijadikan pejabat sekretariat MPI.

“Pusat latihan moden ini akan dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini bagi mendidik dan mengasuh wartawan dalam era kewartawanan digital konvergen dan dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyerahan kunci pejabat baharu MPI di sini hari ini.

Dalam pada itu, Chamil turut mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan Emkay yang telah memberi diskaun sebanyak 17 peratus berbanding harga asal RM1.84 juta untuk dua unit pejabat itu.-UTUSAN ONLINE