Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Murad Husin berkata, program tersebut bertujuan membantu golongan fakir miskin supaya mereka dapat menyambut bulan Ramadan sama seperti insan lain yang lebih bernasib baik.

“Kita sudah mulakan program sebegini sejak beberapa hari yang lalu dan untuk hari ini, seramai 30 fakir miskin daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, DUN Bukit Baru dan DUN Bachang telah dipilih untuk menerima bantuan tersebut.

“Kriteria pemilihan pula adalah berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak MPHTJ terhadap keluarga yang benar-benar memerlukan bantuan bagi meneruskan kehidupan masing-masing terutama menjelang bulan Ramadan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menganjurkan Program Ramadan Yang Dinanti MPHTJ bersama Bayou Lagoon Park Resort sempena bulan Ramadan 2017 di Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE