Menerusi MoU berkenaan aplikasi e-dagang itu akan menjadi rakan penaja rasmi Piala FA yang kali ini dinamakan Shopee Piala FA Malaysia sempena kerjasama tersebut.

Kerjasama berkenaan akan menampilkan sebagai platform beli-belah dalam talian secara eksklusif dan akan berterusan hingga hujung tahun.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, pihaknya komited dalam menyokong perkembangan bakat tempatan dan membantu meningkatkan pasukan bola sepak Malaysia sekali gus menyempurnakan kemudahan latihan, sumber dan peluang.

Katanya, menerusi kemudahan seperti itu, penyokong boleh membeli tiket perlawanan bagi menyaksikan pasukan kegemaran mereka tidak tempat dan masa mereka berada.

“Bagi meraikan kerjasama ini, kami melancarkan promosi beli satu tiket percuma satu tiket bermula dari 1 Mac hingga 30 Jun ini dan lebih 20,000 tiket ditawarkan untuk menyaksikan Shopee Piala FA dan unifi Liga Super.

“Pengguna Shopee turut berpeluang memenangi lima pasang tiket VVIP dan 10 pasang tiket biasa untuk menyaksikan perlawanan akhir Shopee Piala FA,” katanya.

Dalam majlis MoU itu, Kevin mewakilli FMLLP manakala Shopee diwakili Ian Ho. - UTUSAN ONLINE