Timbalan Syerif Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas, Kevin McMahill berkata, pada ketika ini mereka tidak mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk dijadikan motif kejadian berkenaan.

Paddock melepaskan tembakan rambang dari bilik di tingkat 32 sebuah hotel menyebabkan 58 orang terkorban dan beratus-ratus lagi cedera ketika mereka sedang menonton sebuah konsert.

"Dalam kejadian-kejadian terdahulu, motif serangan atau pembunuhan beramai-ramai berjaya dibongkar melalui nota yang ditinggalkan, status dalam media sosial, panggilan telefon atau siasatan data komputer. Namun dalam kejadian kali, kami tidak dapat mengesan apa-apa,’’ katanya. - AFP