Perkara itu dijelaskan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group, Petrina Goh, bahawa kempen tersebut juga bertujuan memberi ganjaran serta meraikan pemain-pemain industri barangan bayi yang telah memberi sumbangan positif.

“Kami ingin berkongsikan jenama, produk dan perkhidmatan terbaik untuk membantu ibu bapa membuat keputusan dengan informasi secukupnya dalam merancang perjalanan keluarga serta perbelanjaan barangan bayi.

“Untuk mempermudahkan carian produk dan perkhidmatan terbaik, kami melancarkan Motherhood Choice 100 di Motherhood.com.my di mana kami mempamerkan semua jenama ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

‘Motherhood Choice Award’ akan disampaikan kepada jenama yang paling banyak menerima undian dalam kalangan ibu bapa di Malaysia.

Pencalonan untuk program anugerah yang mendapat sokongan Nestle Malaysia itu telahpun bermula seawal Mac lalu dan pemenang akan diumum pada bulan Jun ini.

Motherhood.com.my pula merupakan laman sesawang yang membolehkan pemilik serta pengedar jenama barangan bayi mewujudkan hab sehenti untuk mengurus kandungan, e-dagang dan komuniti mereka.

Laman web yang mendapat perhatian golongan ibu bapa itu turut meletak sasaran menggabungkan 30 jenama untuk melancarkan laman jenama rasmi mereka menjelang akhir tahun ini.

Dalam pada itu, menurut Petrina, usaha untuk mempromosikan jenama terbaik barangan bayi itu juga adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam mengawal selia serta meningkatkan langkah keselamatan kanak-kanak.

“Oleh itu, hanya kualiti terbaik, produk yang paling selamat dan paling inovatif akan diserlahkan. Mereka juga akan menjadi juara untuk anugerah itu,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE