MOHD.BAKRI
MOHD.BAKRI

Pemangku Pegawai Rela Daerah, Mohd. Bakri Mohd. Baily berkata, ucapan berbaur penghinaan itu perlu dipandang serius semua pihak yang berkaitan agar tidak menimbulkan persepsi buruk terhadap jabatan ini.

Menurutnya, penempatan anggota jabatan itu di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) adalah melalui saluran yang telah ditetapkan.

“Kenyataan berbaur penghinaan terbabit tidak sepatutnya dilontarkan ke atas Rela kerana bidang penugasan dan kemahiran yang dilatih mengikut kemam­puan bidang tugasan kami,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama 150 anggota Rela Kota Kinabalu membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Semporna itu dan mengadakan perhimpunan aman mengecam kenyataan tersebut di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Sementara itu, Timbalan Komisioner Rela Kehormat, Datuk Huan Cheng Guan berkata, Shafie langsung tidak menghormati pengorbanan dan usaha yang dilakukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dalam menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat di Ess­zone.

Beliau berkata, sebagai seorang individu yang pernah berada di dalam barisan Kabinet, Mohd. Shafie sepatutnya sedar tugas Rela bukan sekadar menjaga trafik ketika majlis kenduri sebaliknya pa­sukan beruniform itu juga sebahagian daripada komponen pasukan keselamatan negara.