"Saya sentiasa meminta maaf dan mendokan mereka," ujarnya yang merupakan salah seorang pelajar terbaik negeri ini yang memperoleh 11A+ dalam pe­periksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman itu, sebagai anak, menjadi tanggungjawabnya untuk sentiasa menjaga adab terhadap ibu bapa ke­rana tanpa restu mereka, pastinya proses menuntut ilmu tidak akan berjalan dengan mudah.

"Keluarga menetap di Sungai Petani, Kedah kerana emak mengajar di sebuah sekolah di sana. Setiap hari saya akan menghubungi mereka, bertanya khabar selain memohon supaya sentiasa mendoakan saya.

"Terima kasih kepada keluarga, guru-guru dan kawan-kawan. Saya amat bersyukur, apatah lagi saya tidak menetapkan sebarang sasaran keputusan," katanya selepas majlis pengumuman pe­periksaan SPM 2016 di sini, hari ini.

Dua lagi pelajar cemerlang ialah Lam Sin Gee dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini yang mendapat 9A+ dan pelajar cacat penglihatan, Nur Syuhada Alias dari SMK Bukit Besar dengan 5A.

Menurut Husna Mardhiyyah, ketika ini dia mengikuti pengajian di Darul Quran sebelum berhasrat melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa.