Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, ini termasuk meneruskan legasi positif yang ditinggalkan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM yang terdahulu.

Cabaran keduanya, katanya adalah menyelesaikan segera kemelut kes 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan kes-kes berprofil tinggi yang lain.

"Cabaran ketiga adalah keupayaan SPRM dalam menangani pelbagai kes perlu dioptimumkan kerana rakyat tidak lagi mahu mendengar bahawa SPRM tidak cukup kakitangan untuk menangani kes-kes rasuah di sekeliling kita.

"Cabaran keempat pula SPRM perlu benar-benar berani menegur kerajaan bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bebas daripada rasuah dan kelima, SPRM perlu berusaha bersungguh-sungguh bagi menaikkan kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) yang kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara seperti mana dikeluarkan Transparency International (TI)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE