Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, Mohd. Gazali yang jawatannya sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986.

“Saya yakin dengan pengalaman beliau yang luas dalam perkhidmatan awam, beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pelantikan Mohd. Gazali itu bagi menggantikan Datuk Seri Alias Ahmad yang telah bersara wajib pada pertengahan Mei lalu. - UTUSAN ONLINE