Beliau memegang jawatan itu selepas Ketua Polis daerah, Superintenden Zainudin Ahmad, 60,  bersara setelah berkhidmat selama 41 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis serah terima tugas tersebut telah diadakan di hadapan Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini.

Yang turut hadir timbalannya, Datuk Mohamad Mat Yusop.

Zainudin yang mula berkhidmat dalam PDRM sejak 1977 berkata, beliau bangga kerana dapat mencurahkan bakti kepada negara sehingga ke hari ini dan berharap semua pegawai melaksanakan tugas bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terus terpelihara.

“Diharapkan semua pegawai sentiasa memberikan yang terbaik, amanah dan bijaksana dalam menjalankan tanggungjawab kepada negara, agama dan bangsa,” katanya kepada pemberita selepas majlis itu. - UTUSAN ONLINE