Majlis penyerahan tugas yang disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim tersebut diadakan antara Mohamed Mokhsein dan Pemangku Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Kamal Khan Mohd. Shariff.

Mazlan dalam ucapannya menyeru semua pegawai, anggota dan pegawai awam khasnya di IPD Cheras memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Polis Daerah Cheras baharu.

“Kerjasama sepenuhnya perlu bagi menyempurnakan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan pasukan PDRM,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE