Beliau yang merupakan Ahli Majlis MAINS dan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir serta Muslim College, United Kingdom menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Ahli Majlis MAINS, Datuk Dr. Abd. Aziz Sheikh Kadir dilantik Timbalan Pengerusi MAINS mulai semalam.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pelantikan tersebut telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Semua pentadbiran MAINS akan dipimpin oleh pengerusi yang baharu berkuat kuasa mulai semalam bagi tempoh tiga tahun," katanya dalam sidang akhbar di Menara MAINS, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Razali Ab. Malik dan Setiausaha MAINS, Datuk Kamal Amran Kamarudin. - UTUSAN ONLINE