Mohamad Nordin KP Jakim baharu
Mohamad Nordin Ibrahim

Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pelantikan itu bagi mengantikan beliau yang akan tamat kontrak perkhidmatan pada 16 Mei.

“Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam telah bersetuju dan meluluskan pelantikan Mohamad Nordin yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim sebagai Ketua Pengarah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE