Beliau yang hadir kira-kira pukul 7 malam tadi menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum menyertai bacaan Yasin dan tahlil bersama pegawai serta anggota PDRM, diikuti solat isyak dan makan malam.

Majlis itu turut dihadiri kira-kira 200 anggota polis dan warga keluarga anggota.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. - UTUSAN ONLINE