Mogok tersebut menyebabkan kira-kira 450 daripada 1300 jumlah penerbangan telah dibatalkan di Lapangan Terbang Frankfurt yang merupakan lapangan terbesar di Jerman dan ketiga paling sibuk di Eropah.

Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dalam kenyataannya memberitahu bahawa mereka membatalkan kira-kira 400 penerbangan berikutan mogok yang dilancarkan pekerja perkhidmatan awam itu. - AFP